boleh jadikan
orang lain sama hebat"
bagus baguskanlah hidup anda. sebab, tak guna hidup kalau tak bagus, ya tak?
tengok tangan kiri. selalunya tangan kiri kurang mahir berbanding tangan kanan. sekarang tengok tangan kanan. betul ke tangan kanan selalunya lebih mahir berbanding tangan kiri?
pada orang yang tak kidal, sifir ini betul. tangan kiri biasanya kurang pandai atau kurang cekap berbanding dengan tangan kanan. tangan kanan selalunya lebih cepat, lebih kuat, lebih mantap dan lebih tangkas berbanding tangan kiri.
jika gunakan tangan kiri saja, hampir semua kerja tak dapat diselesaikan dengan baik. tangan kanan saja pun serupalah. tapi, cuba kalau kedua-dua belah tangan digunakan. kerja jadi okey dan sempurna semuanya. betul tak?
cuba menaip dengan satu tangan, memang lambat. cuba tutup sebelah mata, memang pandangan jadi tak berapa jelas. cuba berdiri dengan satu kaki, selalunya tak stabil. cuba tutup sebelah telinga, pendengaran jadi berdengung. cuba tutup sebelah lubang hidung, selalunya susah nak bernafas. betul tak?
ha, itu membuktikan yang kita sebenarnya memang memerlukan orang lain untuk cemerlang. untuk menjadi luar biasa bagus, anda perlukan orang lain. sama macam tangan kanan perlukan tangan kiri dan kaki kanan perlukan kaki kiri. walaupun kaki kiri sepak bola tu x pernah masuk, tapi kalau tak ada dia, susah nak skor.
![]() |
| sama seperti pasangan memerlukan antara satu sama lain lelaki memerlukan perempuan, perempuan memerlukan lelaki. btol kan? |
jadi, selamat membina motivasi unggul. jadikan orang lain untuk cemerlang sebagaimana tangan memerlukan pasangannya, kaki memerlukan pasangannya dan telinga memerlukan pasangannya.


woit!nih sorang lg blogger imt tp xkasi tau,ngeh2..neway,keep it up!aq suka tngok member2 aq wat dakwah,ngee :D
ReplyDelete