Assalamualaikum...

Assalamualaikum...
Assalamualaikum~ 'sesungguhnya antara tanda telah dekatnya hari kiamat adalah manusia tidak mahu mengucapkan salam kpd org lain kecuali yg dikenalinya saja'

Monday, March 14, 2011

13.mac

tempat: Masjid Mukim Banggol Stol
masa: lepas Isya'

abah, abid, n abe (ana)...

abah bawa kami solat di masjid..
sempena dengan Kem Pintar Solat 
nk daftar abid... tapi, abid xnak...
budak manja... wekkk!!!

lepas isya', ada ceramah motivasi...
Ust. Zuki...
tajuk... Birrul Walidain..
menyayat hati...
pandai ust main emosi...
budak-budak 9-14 tahun menangis...
ana pun.. faham-faham lorhh...

menangis tu bagus tau...
lelaki sejati ialah apabila dia menangis kerana takutkan Allah..
sebagaimana dengan hadis.. 
api neraka tidak akan menyambar sepasang mata yang menangis kerana takutkan Allah..
jadi, sahabat-sahabat lelaki.. jangan x pernah menangis pulak ya..
nanti hati jadi keras.. hidayah pun susah dapat... bila x dapat hidayah, maksiat jadi biasa..
ibadat jadi luar biasa... kemungkaran dah terbiasa.. hidup pun binasa..

macho n handsome kan abang ni.. haha, tgok!! menangis kerana ALLAH...
ketawalah sedikit-sedikit, menangislah banyak-banyak....
insyaAllah, hati jadi lembut... bila hati lembut, lidah pun lembut..
seluruh anggota jadi baik... musuh pun sedikit... kawan pun bertambah baik...

nak ketawa tu boleh.. tapi, jangan sampai jadi macam ni yee...
ada dalam satu cerita, 
saya pasti, ramai yang telah tahu akan kisah ini...
Lukman al-Hakim pernah ditanya oleh majikannya..
bawakanlah aku anggota yang paling baik dan anggota yang paling jahat..
apabila majikannya bertanyakan anggota yang paling baik, Lukman memberikan seketul hati kepada majikannya,
dan apabila majikannya bertanyakan anggota yang paling jahat, Lukman pun memberikan hati kepada majikannya...

Rasulullah bersabda..
ada seketul daging di dalam anggota manusia. jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya. jika buruk daging itu, maka buruklah seluruhnya.. daging itu adalah hati...

jadi, kakak-kakak, abang-abang...
jagalah hati yep...

sebagaimana dalam nasyid...
jagalah hati, jangan kau kotori, jagalah hati, jendela hidup ini...

sekian sahaja buat masa ini...
fikir-fikirkanlah...
jagalah hati.. jadilah lelaki sejati yang macho ye bang...

Sunday, March 13, 2011

Mac 2011..

assalamualaikum.. 
abang-abang n kakak-kakak yg cantik n handsome...
senyum yekk.. sesungguhnya senyuman itu adalah sedekah... n, awet muda jua..
(eww, geli weh tulis bergini) hehe...


Mac 2011, 
umm, pada bulan ni, 2 insan yang sangat di respect oleh diri ini pergi..
my uncle, then my aunt
xtau la nak cakap apa..
saya/aku/ana, sangat rapat dengan kedua-dua insan itu..
semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman... 
amin amin..

masa bersekolah di SM Imtiaz Besut,
my uncle la yg paling banyak berjasa,
dia la yang daftar, ambil balik ke rumah beliau, 
masa demam, dia jaga..
kami rapat sangat, dia buat macam anak dia sendiri...
ingat lagi 1 kedai kat area besut..
bila nak balik rumah dia, mesti dia singgah kat satu kedai ni...
makan mee sup, air horlicks.. 
sedapppppp....
rindu saat itu.. 

masa aku umur 4 dan 5 tahun...
my aunt la yang jaga..
masa tu, ana/saya/aku TADIKA dekat je dengan rumah dia..
kat Rantau Panjang... lebih sinonim, Kampung Bakat..
tiap-tiap pagi, ummi hantar ke rumah dia..
my aunt, dia bukan jaga saya/ana/aku sorang je..
dia sempat mengasuh kak tiah sekejap... 
adik-adikku, pun dia jaga...
semua adik-beradik rapat dengan dia...
kak dayah, abe fiq...
dulu, sebelum ke tadika, mesti dia suapkan nasi...
dia cakap kami mesti lapar sebab ummi x sempat nk buat sarapan...
lepas makan, dia mandikan...
lepas tu dia bedakkan, pakaikan baju...
then, dia bwk pergi tadika...
dia juga yang ambil..
ummi n abah sibuk, 
habis mengajar selalu pukul 5 petang..
so, banyak habiskan masa rumah my aunt la..
masa berlalu.. 
aku sudah makin besar..
sekolah jauh...
setiap kali balik rumah, mesti my aunt suruh pergi tidur rumah dia..
tapi, aku tak nak.. biasa la tu... 


mak cik..abe sayang mak cik..abe doakan mak cik tenang dan selamat..
terima kasih sebab jaga abe dulu..abe rindukan mak cik...


umm, aku da x boleh taip lagi...
cukupla setakat ni...
 
n, pesanan buat yang memahami ku...
kanda sayang pada dinda...

Saturday, February 26, 2011

Sahaja

sudah lama yaa x update ini blog..
maaf...
sebenarnya, xde mood, xde idea, n, malas nk type


okeoke,,
jus nk ckp n bgtw..
saya sehat sehat aja..
alhamdulillah..

sekarang study kat KISAS Bumi Waqafan...
oke jepp..
biah lebih kurang kat IMTIAZ BESUT Home of Ulul Albab..
tp, ada la bezanya tu...
x mengapa...
senyum ja'

aku belajar bahasa Sabah..
huhuhu, seronak!!!
xde pape dah..

semoga sentiasa dirahmati, diberkati, dinaungi, ALLAH Rabbul Jalil

assalamualaikum.. 

Sunday, January 30, 2011

Amalan 7 Kalimat

salam semanis kurma...
semoga kita semua sentiasa berada dlm naungan RABB.
abg abg n kak kak smua. 
sy ke sini nk kongsi tip tip sikit.
insyaAllah, kalau diamalkan. kita akn terlindung untuk membuat maksiat dan kemungkaran kpd ALLAH

kalimat nya sgt ringan.. iaitu...........

1. mengucap Bismillah setiap kali hendak malakukan sesuatu..

2. mengucap  Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu

3. mengucap Astaghfirullah jika lidah, hati, atw akal bila terselit perkara yg tidak patut

4. mengucap Insya-Allah jika merencanakan sesuatu di hari esok

5. mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika mengadapi sesuatu yg tidak disukai atw yg tak diingini

6. mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi atw menerima musibah

7. mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam

amalkan sehingga tidak terpisah dari lidah. mudah mudahan ingat, walau lambat lambat mudah mudahan selalu, walau sambil lalu mudah mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa. 

faham maksud saya??? fikir fikirkan lah..... 

p/s: mf ye, xad gambar.. :D 

Wednesday, January 26, 2011

:)

2, 3 kucing berjalan
manakan sama dengan si kura kura.
sahabat sekalian bakal ku tinggalkan
jgn sedih jgn kecewa, terus mara!

i'm coming!
Kolej Islam Sultan Alam Shah.
selamat tinggal
Sekolah Menengah Imtiaz Besut. 

Perasaanku..
mesti la sedih. :'(
imtiaz besut tempat yg sgt ku sayang..
ramai yg tnya, KENAPA PINDAH??
sampai sekarang, soalan itu masih x ad jawapn yg tepat.
xap la kwan, nnti kita jumpa lg.


Imtiaz Besut.
tempat 1st aku menghafaz...
tempat yg membina jati diriku..
tempat yg telah menghasilkn fithree sekarang yg berbeza dri dulu..
tempat terjalinnya keakraban.
tempat di mana kawan bagaikan keluarga.
tempat di mana lwan seperti kawan.
tempat di mana, guru bagaikan teman..
tempat di mana ajaran al-Quran n Sunnah dijadikan pnduan.



sungguh ku menyayangi bumi ini.



hehe, jiwang jgk aku ni.

okeoke. KISAS. 
umm, aku dah bersedia. 
menempuh suasana yg asing bagiku.
aku bukan sahaja akn mengambil sesuatu dari MU, 
bahkan, aku akn memberi sesuatu kepada MU.
matlamat ku, mencerlah di bumi KISAS !



Monday, January 3, 2011

Back To School

waa!
lambat lagi la nak bkk skolah. 16 Januari! ish ish ish...
tapi bersyukur jugak sbb boleh relax lama lama kat rumah. jangan JEALOUS..
huhu. 2,3,4 hari lepas, aq kerap jugak guna perkataan ni. tp, permata hatiku da marah! kena stop! 
akur aj..hehe


semalam. 2 Januari, adik adik aku, Nurul Kasyifah dan Nur Aqilah Solihah telah gerak ke asrama masing-masing. meninggalkn ABE yg tersayang di rumah bersama adik adik kecik nya. 


inilah gerangan dua budakk itu..
nama: Nurul Kasyifah
sekola: Maahad Muhammadi Lilbanat Kota Bharu

nama: Nur Aqilah Solihah
sekola: SMKA Naim Lilbanat Kota Bharu


hari ni. dua budakk putih buat kali pertamanya bangun awal. beria-ia sgt nk pergi skolah. ap la yang ada kt skolah tu. Abe ni pulok, malas pergi skolah...

tapi, masih sempat snap pix bebudak nih. hehe
nama: Muhammad Abid Mursyidi
sekola: SK Kedai Tanjong
nama: Nur Alya Basirah
sekola: SK Gual Sitok
kita tgok model model kecil plak. yela, iklan beg skolah..






cute x??? adik sapa la ni.. hehe..
pabila adik adik sedang bertungkus-lumus belajar..
ap yang Abe dorang buat kat umah ekk??

honestly...


jangan marah eihh.. hehe :)

Friday, December 24, 2010

Peristiwa 23.12.2010

assalamualaikum....
tak selamanya kita akan gagal. adakalanya berjaya juga. tak selamanya kita berjaya. adakalanya gagal juga. hidup macam itulah. walaupun kita nak sangat berjaya tu, kadang-kadang gagal datang juga. kalau dah usaha bagus-bagus tapi gagal juga, tu ada dua sebab. satu, sebab usaha kita masih belum cukup. satu lagi, dah memang takdir. 


"semua bentuk kegagalan adalah permulaan pada 
satu kejayaan yang lebih mengancam"


tahniah kepada yang berjaya, tahniah juga kepada yang kurang berjaya. ingat, jadikanlah kajayaan dan juga kegagalan ini sebagai satu motivasi untuk kita mencerlah dengan kejayaan yang lebih mengancam.

23.12.2010
hari bersejarah buat semua pelajar tingkatan 3 termasuk saya sendiri, iaitu hari keputusan PMR diumumkan. 

alhamdulillah, syukur kepada ILAHI, kejayaan telah ku garap. dan begitu juga dengan rakan-rakan. terima kasih kepada semua guru, dan rakan-rakan. SM Imtiaz Besut cemerlang dengan pencapaian 37 pelajar mendapat 9A, 11 pelajar 8A dan 3 pelajar 7A. tahniah! kegembiraan yang tak terkira. semoga kejayaan ini dapat menggembirakan UMMI dan ABAH.


alhamdulillah. segala usaha membuahkan hasil. walaupun hari ini kejayaan telah ku gapai, tak semestinya esok, akan berlaku perkara yang sama. oleh itu, kepada yang telah berjaya, teruskanlah usaha kita supaya kejayaan ini dapat kita tingkatkan. insyaAllah...




semoga, kejayaan yang dicapai, dapat dikekalkan. aminn...













bagi yang kurang berjaya, ingatlah kalau dah usaha sebagus-bagusnya, tak ada lagi yang lebih bagus datipada yang bagus tu dan anda gagal, tu adalah titik mula untuk kejayaan yang tak disangka-sangka. dengar baik-baik dan faham baik-baik. sebenarnya, semua bentuk kegagalan adalah permulaan pada satu kejayaan yang lebih mengancam.

jadi, jangan frust sangat kalau gagal. sebaliknya, bina motivasi diri untuk bangkit. buktikan untuk kali kedua anda tak gagal. hidup macam putaran roda. tak selamanya di bawah, adakalanya di atas juga. gagal berjaya ni pun macam tu. tak selamanya gagal sepanjang masa. adakalanya berjaya juga.

setiap orang yang berjaya hari ini adalah mereka yang pernah gagal kelmarin. tak ada manusia terus berjaya sampai ke mati. tak ada! dia mesti alami rebah bangun-rebah bagun. siapa-siapa yang rebah dan dia sanggup bangun balik, dia akan mendapat kejayaan lebih besar. tapi mereka yang rebah dan terus benyek selamanya, dia akan menjadi manusia gagal.

dengar ni, kejayaan yang dikecapi hasil daripada bersusah payah tu lebih nikmat rasanya daripada kejayaan yang diperoleh secara mudah. maka, jadikanlah kegagalan hari ini untuk menyerlah hari esok. setiap kegagalan bukan semestinya bermaksud malapetaka. kadang-kadang ia kesakitan yang sengaja supaya bila dapat kejayaan nanti, nikmatnya hingga tak terkata.

                                                          
                                                             rujukan :
                                                             Jom Mengetop,
                                                             Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj