tak selamanya kita akan gagal. adakalanya berjaya juga. tak selamanya kita berjaya. adakalanya gagal juga. hidup macam itulah. walaupun kita nak sangat berjaya tu, kadang-kadang gagal datang juga. kalau dah usaha bagus-bagus tapi gagal juga, tu ada dua sebab. satu, sebab usaha kita masih belum cukup. satu lagi, dah memang takdir.
"semua bentuk kegagalan adalah permulaan pada
satu kejayaan yang lebih mengancam"
tahniah kepada yang berjaya, tahniah juga kepada yang kurang berjaya. ingat, jadikanlah kajayaan dan juga kegagalan ini sebagai satu motivasi untuk kita mencerlah dengan kejayaan yang lebih mengancam.
23.12.2010
hari bersejarah buat semua pelajar tingkatan 3 termasuk saya sendiri, iaitu hari keputusan PMR diumumkan.
alhamdulillah, syukur kepada ILAHI, kejayaan telah ku garap. dan begitu juga dengan rakan-rakan. terima kasih kepada semua guru, dan rakan-rakan. SM Imtiaz Besut cemerlang dengan pencapaian 37 pelajar mendapat 9A, 11 pelajar 8A dan 3 pelajar 7A. tahniah! kegembiraan yang tak terkira. semoga kejayaan ini dapat menggembirakan UMMI dan ABAH.
| semoga, kejayaan yang dicapai, dapat dikekalkan. aminn... |
bagi yang kurang berjaya, ingatlah kalau dah usaha sebagus-bagusnya, tak ada lagi yang lebih bagus datipada yang bagus tu dan anda gagal, tu adalah titik mula untuk kejayaan yang tak disangka-sangka. dengar baik-baik dan faham baik-baik. sebenarnya, semua bentuk kegagalan adalah permulaan pada satu kejayaan yang lebih mengancam.
jadi, jangan frust sangat kalau gagal. sebaliknya, bina motivasi diri untuk bangkit. buktikan untuk kali kedua anda tak gagal. hidup macam putaran roda. tak selamanya di bawah, adakalanya di atas juga. gagal berjaya ni pun macam tu. tak selamanya gagal sepanjang masa. adakalanya berjaya juga.
setiap orang yang berjaya hari ini adalah mereka yang pernah gagal kelmarin. tak ada manusia terus berjaya sampai ke mati. tak ada! dia mesti alami rebah bangun-rebah bagun. siapa-siapa yang rebah dan dia sanggup bangun balik, dia akan mendapat kejayaan lebih besar. tapi mereka yang rebah dan terus benyek selamanya, dia akan menjadi manusia gagal.
dengar ni, kejayaan yang dikecapi hasil daripada bersusah payah tu lebih nikmat rasanya daripada kejayaan yang diperoleh secara mudah. maka, jadikanlah kegagalan hari ini untuk menyerlah hari esok. setiap kegagalan bukan semestinya bermaksud malapetaka. kadang-kadang ia kesakitan yang sengaja supaya bila dapat kejayaan nanti, nikmatnya hingga tak terkata.
rujukan :
Jom Mengetop,
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj





